Be My Friend

Monday, February 9, 2009

Ku JAnJi MA AyAh..


Aku tahu semua yang berlaku itu ada hikmahnya
Jadi kuterima qada dan qadarnya dengan hati kehambaanku untukMu
Ya Allah bimbinglah hati ini dari lalai dan alpa dengan nikmatMu
Jadilah aku ini seorang hamba yang redha di atas segala ketentuanMu
Jadikanlah kesusahan itu sebagai nikmat supaya aku tidak mengeluh
Kerana kutahu setiap yang berlaku kepadaku itu adalah satu ujian daripadaMu
Untuk mendekati diriku ini kepadaMu
Itu tandanya rahmat dan kasih sayangMu amat luas
Ma,ayah doakan anakmu ini supaya dapat menempuh ranjau kehidupan dengan tabah
Kutahu kau mengharapkan kejayaan dariku supaya aku dapat hidup bahagia dan menjadi seorang manusia yang berguna,berbakti kepada masyarakat
Akan kuingat segala pengorbananmu ketika membesarkanku
Harapanmu ini amat tinggi setinggi langit yang terbentang
Akan kutempuhi segala duri-duri kehidupan
Demimu ma ayah
Akan kuperolehinya
Segulung diploma,ijazah dan ilmu hingga berjaya di dunia dan akhirat
INSYAALLAH..AMIN

0 oRg sUkE mErApU: