Be My Friend
Tuesday, October 28, 2008
my swEEthEarT
mAdAh utk SumE..
KisAh orAng yg tAkdE kOmputEr n EmEL
cEritA pAsAL mOtOr
Wednesday, October 22, 2008
mUtIArA kAtA
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
uNivErsIti isLAm AntArAbAngsA mALAysIA

Laman web Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) mempunyai beberapa elemen yang dapat menarik minat pengguna. Sebagai contoh,laman web ini menggunakan flash di bahagian banner.
Warna yang digunakan juga bersesuaian dimana latar belakangnya berwarna putih dan warna biru muda di setiap pembahagian tajuk. Pada bahagian kanan laman web universiti ini terdapat 'quick link' yang memudahkan pengguna mengakses sesuatu data atau topik tertentu.
Selain itu,ia menggunakan 'meaningful icon' di bahagian bawah. Laman web ini juga sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Ia menggunakan 2 versi bahasa iaitu versi bahasa inggeris dan versi bahasa arab dibahagian atas. Jadi,pengguna boleh memilih untuk bahasa pilihan mereka. Pada bahagian bawah mempunyai alamat universiti (about us). 'Search engines' digunakan bagi penggguna mencapai sesuatu carian dengan mudah.
unIvErsitI mALAysiA sArAwAk

Laman web Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) agak menarik.Pada bahagian atas mengandungi banner yang menarik minat pengguna untuk melayari laman web universiti ini.Laman web ini secara keseluruhan menggunakan tulisan.Ia tidak mengandungi ikon dan hanya sedikit gambar yang boleh menarik perhatian pengguna.Ia menggunakan global navigation menu pada bahagian atas banner.Pada bahagian tepi kiri terdapat juga local navigation menu.Pada bahagian kiri bawah dipaparkan kalendar bagi menyatakan peristiwa yang berlaku setiap hari.Pada bahagian kanan laman web pula terdapat highlights iaitu berita terkini universiti ini.Sejarah mengenai unimas dipaparkan di bahagian tengah laman web.Pada bahagian bawah pula,terdapat alamat universiti bagi memudahkan pengguna berurusan.
Thursday, October 16, 2008
unIvErsItI DArUL iMAn mALAysIA

Laman web Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) adalah laman web yang paling simple diantara 20 ipta di Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan paparan yang tidak tersusun dan layout yang digunakan amat simple. Warna background yang berwarna putih tidak menarik dan warna pada link sahaja yang dapat dilihat. Laman web ini tidak mengandungi flash yang dapat menarik minat pengunjung atau pengguna internet. Selain itu,laman web ini tidak mepaparkan alamat universiti ataupun 'about us' di bahagian bawah seperti laman-laman web yang lain. 'Search engine' yang biasanya terdapat pada laman web universiti lain tidak terdapat pada laman web ini. Hal ini menyebabkan pengguna sukar untuk mendapatkan atau mencari sesuatu bahan. Ia juga hanya menggunakan satu versi bahasa sahaja iaitu bahasa melayu.
unIvErsItI mALAysIA kELAntAn

Wednesday, October 15, 2008
unIvErsItI mALAysiA pAhAnG

unIvErsItI mALAyA

unIvErsItI kEbAnGsAAn mALAysiA

unIvErsItI mALAysiA sAbAH

unIvErsItI mALAysiA pErLiS

unIvErsItI pErgUrUAn sULtAn IdRiS

unIvErsItI pErtAhAnAn nAsiOnAL mALAysiA

unIvErsItI pUtrA mALAysiA

unIvErsItI mALAysiA tErEnGgAnU

unIvErsItI sAinS mALAysiA

UnivErsItI sAinS IsLAm mALAysiA

Monday, October 13, 2008
unIvErsItI tEknIkAL mALAysIA mELAkA

unIvErsItI tEknOLOgi mALAysIA

unIvErsItI tEknOLOgi mArA

unIvErsItI tUn huSSEin Onn mALAysIA

unIvErsItI utArA mALAysIA

Wednesday, October 8, 2008
kEnALi dIrI mELAluI rAmbUt..
- bijak
- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung
03) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
04) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu
05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh
06) RAMBUT SIKIT
- bijak
- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil
07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah
08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang
09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.. usaha kasik kusut rambut korang.. )
10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian..;-(
kEnALi dIrI mELAluI tULisAn..
kPertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
kEpALA BeRAMBuT PAnjAng
Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.
Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.
"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.
Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!
Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.
"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!
CERITA ASAL : RAJA ROHANI (PERAK)
kEpALA AtAs KubUr
Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.
Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...
Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".
Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?
Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.
"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.
Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.
"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.
Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.
Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!
Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.
Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.
CERITA ASAL : AHMAD KAMAL FAUZI (SG MERAB)
BOYPREN HAMPES.......jgn der boypren cam ni.......
sayangku, walau kengkadang wajah ku poyos, itu tak bermaksud aku boring
padamu, kalau
wajahku masam bukan aku marah padamu, tapi sayangku... aku
sebenarnya sangat chenta dan kaseh padamu....
Abg tau dikau resah kerana abg yang selamba katak... melompat longkang
tadi..tanpa menunggu mu melintas titi.... bukan tak gentleman tapi
abg
cuma
memeriksa kalau kalau ada bahaya di seberang sana. maafkan abg...tobat
lain
kali abg tak buat dah camtu.....
Takut?? apa yang nak di takut.. bukankah abg dah cakap.. cincin tu
muat....
kan tadi dah test.... awat yang muka masam?? bukan abg salah parking
keta
sayang... tapi tak perasan ada pili bomba kat tepi tu... esok esok kita
bayaq la saman tu ok.... tapi sayang guna duit sayang dulu la.... sebab
abg
nak beli graphic kaD baru.. RAM abg pun nak kena tambah..lagi
sekeping...
hardisk abg pun dah nak lingkup...
udah ler tu... jawab la telefon tu..jangan merajuk lama lama...
eleeeehhh
abg pinjam jaap..henset awak... nanti abg tukaq la balik.... awak ader
handbag nak simpan henset besaq tu... Hehehehe henset awak
kecik...buleh
abg
simpan dalam poket...
sumpahhhhhh... tadi abg dah booked tiket X-men dah.... abg ingat la
kan...
cashier tu lupa nak key in dalam komputer dia la.... alaaaaa..gambaq
cina
tadi pun best apaaaaaaa.... ni hau maaaa... wa pu cher
tau....
haah..tengok
tengok.. kan abg dah buleh cakap cina... takkan tak bangga kot???
sorry la... tadi kat kedai mamak tu... abg ingat nak test jer mee
goreng
awak... masa awak gi toilet, tak
perasan pulak..abih...
sedaaaaaaappppp. kan abg dah ganti ngan meggi goreng abg?? tak best ker
meggi tu???
apa apa pun... marah lahh selagi awak sanggup... kerana abg tahu...
awak
masih sayang...dan akan selamanya sayang kat abg.....
tadi mak sayang..... ader tipon abg... dia suruh abg bagi balik cermin
mata
sayang...... dia kata sayang takleh nak tolong dia menjahit dan masak
sebab
rabun.... heheheh berjaya jugak taktik kita supaya sayang tak yah buat
kerja
rumah..... tapi kan kiter lupa satu benda la..... songkok ayah awak
kiter
lupa beli... tapi abg dah balut songkok raya abg tahun lepas... elok
elok...
lawa lagi..tu.... save la duit kiter... maka cepat la kita kawin...
sampai sini dulu warkah abg untuk sayang...... duit setem tu ada posmen
mintak tak tadi masa sayang ambik surat ni... sorry la... lupa nak beli
setem....
terpecah gelas kaca,
abang mintak ampun...
sudah abis baca...
tolong la telefon...
nah bunga... abg curik kat depan rumah apek sebelah
rumah tadi.......
(jgn cakap kat org lain tau...)
sekian dari ku...
wassalam....
cArA-cArA AnGkAt tEpOn dEnGAn bEtUL..
menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau
sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak
awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye
saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor
323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh
disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal
rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu
memberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya
nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda
ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih
menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak
tepon.salam kite wajib jawab)
hOtEL
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini
bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
Dengan wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"
gANu vs kELAtE
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH..... SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI
MENANTU TERENGGANU: LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...
Thursday, September 18, 2008
OOOPPPPSSSSS.....
1. Setiap hari Jumaat, pack segalabarang anda dan bagitau kat roommateanda nak balik kampung. Selepas sejam,balik ke bilik & terangkan bhw takde orgkat rumah. Unpack segala brg anda & pegitidor.
2. Setiap kali roommate anda balik,jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit.Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia"Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jeritkuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?"dan lari keliling bilik tu. Kalau bilikkecil, cukuplah sekadar melompat 2-3kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya,kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dahmerebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilikdengan kau lagi" sambil keluar &menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...taklama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tigajam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.Lepas tu bangun secara tiba2 sambilberkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar,bangun dan menjerit dgn kuat"Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik,cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya...
"10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yg anda dah lupa pesanan tu. Kemudian,cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi ngan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/ kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam.Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodorandan sapukan pada seluruh dinding bilik.Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam,lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding. ..". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas,bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia trkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.