Be My Friend

Wednesday, October 15, 2008

unIvErsItI mALAysiA pAhAnG


Laman web Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah salah satu laman web yang dapat menarik minat pengguna internet. Seperti biasa,ia menggunakan 2 versi iaitu versi bahasa inggeris dan versi bahasa melayu. Banner pada bahagian atas yang sentiasa bertukar seperti satu slideshow menjadikannya lagi menarik. Laman web ini menggunakan warna yang sesuai iaitu background berwarna putih dan mempunyai warna biru disetiap pembahagian tajuk atau menu. Teknik global dan local navigation yang diaplikasi dari subjek interaksi mesin manusia digunakan pada laman web ini. Dengan aplikasi itu,pengguna akan dapat mengetahui menu apa yang boleh diklik. Selain itu,ia juga mempunyai kemudahan seperti 'search engines' dan direktori staf untuk memudahkan pengguna mencari bahan yang diperlukan. Ia juga mengambil kira "representation" supaya apa yang dipaparkan itu berinformasi dan bermakna buat para pengguna dan pelawat. Pada bahagian kanan ia menggunakan 'meaningful icon' iaitu ikon komputer. Berdasarkan ikon itu, pengguna boleh memahami dan membezakan antara ecomm staff dan ecomm pelajar. Pada bahagian bawah laman web ini pula,terdapat alamat universiti (about us).Terdapat juga bahagian pengumuman yang bergerak bagi menarik minat pengguna.

0 oRg sUkE mErApU: