Be My Friend

Tuesday, February 22, 2011

**my nEw bAby**

tanggal 19 februari 2011,cik ungu tersangat la hepi...sebabnyee cik ungu dpt adik baru...dpt adik baru pon dh terlamapu xcited,teruja!!!dpt anak camner eyh..kekekekeke....act,kalau ikutkan due my mum bulan mac,tp dsebabkn ade poblem cket mase my mum pregnant,doc nasihatkn suh bersalin awal...tue pasal org selalu ckp,bile umo lanjut,akan ade sedikit poblem bile pregnant...tp Alhamdulillah,semuanya dah selamat....=)tp cik ungu sedih coz xleyh balik tgk baby comel tue...test tiap2 mnggu ade...sentap nyah tawwww!!!sabooo je laahh...its ok..sabooo2..dgr baby nangis dlm fon pon memadai...~~huk6...~~~SABO cik ungu!!!...
niway,kt bawah ni,cik ungu sertakan 2-3 kping pic my new sister...moga dpt jd anak yg solehah,adik yg baik n comel mcm kakak dia....wahahahaha....

*pipi tembam..*





*tersangat geram..rase nk cubit2 je budak nie..hehehe...*

p/s>cik ungu hairan..nape la ade manusia yg kat luar sana tue snggup buang baby yg x berdosa...x berhati perut ke korg weiiiiiii...baby tue comel laaaa...kalo korg wat dosa,buang baby tue lg tambah dose laaaaaa......eish3..dunia2.....~~maaf,ter'emo'~~huhu..sekian...



Saturday, February 12, 2011

**Jom SIHAT dEngAn mAkAnAn bErwArnA**

Tahukah anda, pengambilan buah dan sayur pelbagai warna dalam diet amat baik untuk kesihatan? Bagi yang sedang giat menjalankan program pengendalian berat badan, tidak kira sama ada program bersama pusat-pusat pelangsingan mahupun mengendalikannya sendiri, pengambilan makanan amat penting dalam menentukan keberhasilan program pelangsingan. Ini termasuk dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita wajar bersyukur kerana negara kita cukup kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu variasi.

Pelbagai warna boleh didapati, sedar ataupun tidak, warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna (yang semulajadilah, ya!) sebegini dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet? , semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.

Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.

Merah terang
Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser. Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.

Red Ruby atau merah gelap


Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing. Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.

Oren (jingga) terang


Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.


Kuning terang

Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal. Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh. Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.

Hijau gelap

Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi. Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung. Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.

Putih kehijauan

Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir. Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.

Biru gelap

Ma
kanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.

Ungu gelap
Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.

Rujukan :
1. Eric Breverman ~ The Younger (Thinnner) You Diet
2. David Heber ~ What Color Is Your Diet?


Sunday, January 23, 2011

*RAhsiA mEmotOng KukU*


RASULULLAH S.A.W BERSABDA : YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat







* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Saturday, January 22, 2011

*hUkUm mAsuk kELAb mALAm*

Firstly,bace dulu petikan ini:

"Jom clubbing malam ni. Kita pergi minum-minum jer," kata Ah King Kong kepada Asmadol.

"Tak mau la, aku mana boleh. Kau tak pe la," balas Asmadol menolak perlawaan Ah King Kong.

Sebagai muslim, dia tidak mahu terjerumus ke lembah hina. Di Kelab malam, macam-macam jenis syaitan bertopengkan manusia ada. Ada yang bertanduk, yang tak bertanduk pun ada juga.

"Ala kita bukan minum arak. Kita minum coke je, jom la," Ah King Kong masih tidak berputus asa mengajak seorang umat Muhammad ke tempat jin menari.

"Ermmm. Aku tak beranilah. Nanti mak aku marah. Lagipun aku mana penah pergi kelab malam ni," kata Asmadol mahu melepaskan diri.

"Ala, sape nak bagitau mak kau. Mak kau mana tahu kalau kau sendiri tak bagitahu. Lagipun malam ni aku dah janji dengan kawan. Tak bestlah kalau aku pergi sorang, diorang datang berdua takkan aku nak datang seorang saja" Ah King Kong memasukkan jarum karatnya.

"Ermmm. Ok. Tapi kena janji tak minum arak ok," balas Asmadol mempersetujui ajakan Ah King Kong dengan bersyarat.

Itu hanyalah perbualan rekaan saya sahaja. Tapi sering berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Non Muslim (Yahudi) tak jemu-jemu nak memasang perangkap untuk kita, namun kita masih belum sedar dan masih mudah terpengaruh. Macam-macam agenda yang mereka cuba serapkan. Salah satunya adalah kelab malam.

dan hukumnya:

Hukumnya tidak berdosa jika masuk ke dalam kelab malam yang kosong (maksudnya hanya signboard kelab malam) tapi mana ada kelab malam macam tu, kalau kelab malam yang baru nak beroperasi mungkin tapi selalunya signboard akan dipasang paling akhir. Hukumnya adalah haram dan berdosa. Ya, haram dan berdosa walaupun tidak minum arak. Tapi cawan yang digunakan itu keberangkalian untuk digunakan untuk air-air lain (arak) adalah 90%. Rajin ke diorang nak buat cawan asing-asing ni? Ermmm.. sendiri mau ingatlah. Nauzubillah.

Ermmmm, kalau dah namanya kelab malam mesti ada perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal. Kenapa saya kata dekat kelab malam ada ramai perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal? Haaaaaaa.. Laser kan saya ni?? Maaflah kalau ada yang terasa. Saya cakap hakikat je. Nanti ada pulak yang cakap, kubur masing-masing lah yang kau sibuk sangat apesal??

Haihhh, memanglah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak gali kubur, nak mandikan jenazah, nak solatkan jenazah? Jenazah tu sendiri ke? Kalo jenazah tu boleh buat sendiri mau bertempiaran orang kampung lari. Saya juga tak terkecuali akan lari. Lagipun kalau kubur sekali boleh jugak la nak tolong-menolong di alam kubur, tapi kalau dah asing-asing duduklah sorang-sorang dan diam-diam dalam tu. Kata-kata ini lebih berupa peringatan kepada diri saya sendiri.

Kembali kepada topik perempuan miskin dan lelaki kaya tak cukup akal. Perempuan-perempuan miskin yang dimaksudkan adalah mereka yang tak cukup duit nak beli kain lebih buat baju. Kalau diorang ni kaya pun mungkin kedekut agaknya. Tapi sepasang pakaian yang menutup seluruh tubuh takdelah mahal pun. Harga mampu beli. Lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal pula sebab menghabiskan duit pada perempuan-perempuan miskin tadi. Maksudnya sugar daddy. Pahala atau dosa tu hak Allah jadi saya tak mahu ulas pasal tu. Cumanya kalau duit tu disalurkan ke baitulmal ke ada jugak baiknya. Saham akhirat tu.

Bila dah masuk ke dalam kelab malam mesti la ada bunyi bising (lagu). Bunyinya masyaAllah membingitkan telinga. Macam mana saya tahu? Opsss. saya pernah masuk ke??? Ish, Ish, Ish, saya tak pernah masuk, cuma dengar orang cakap. Tapi cakap yang boleh dipercayai. Ayah kepada member saya merupakan seorang polis bahagian narkotik jadi ada satu ketika tu ayahnya turut serta dalam serbuan di kelab malam. Nak tangkap pusher (pengedar dadah). Kawan saya cerita ayah dia beritahu keadaan bising di kelab malam sampai macam nak pekak telinga, patutla orang yang masuk ke dalam kelab malam akan mengambil pil estacy sebabnya untuk khayal dan tak terasa bingit telinga.

Masuk ke tempat jin menari ni mengundang padah. Malaikat di sebelah kiri dah sedia dengan buku catatan manakala malaikat di sebelah kanan pula hanya duduk bersenang-senang. Nasib tak baik, polis buat serbuan, bermalam la dalam lokap. Nasib lebih tak baik, azab Allah di akhirat kelak. Nauzubillah.

Sebagai renungan bersama. Jauhilah perkara-perkara mazmumah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan malaikat di sebelah kanan berehat panjang. Kita kena bagi malaikat di sebelah kanan ni buat kerja banyak sikit catat amal kebaikan dan malaikat sebelah kiri duduk bersenang-senang. Nasihat untuk diri saya dan juga teman-teman lain yang membaca.


- Artikel iluvislam.com.....sharing is caring...(^_^)

Sunday, January 16, 2011

**KAntA LEkAp**

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)