Be My Friend

Sunday, October 24, 2010

[mAhu mAkAn...........]

kek aiskrim!!!!miss amethyst mengidam kek aiskrim...pliz2.....turun lah ke bumi kek aiskrim...miss amethyst nk kek aiskrim yg paling sedap...yummmy3......sori la yepp pada visitor d luar sana...miss amethyst memg suke merapu..hehehe....bila terase mahu mkn sesuatu,miss amethyst akan google makanan itu....so,terjumpa la pic nie....nampak mcm best je....ummmmppphhhh...sodappp nyeeee....=)

Sunday, October 17, 2010

[PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN]

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu bersenam
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam


......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.
  11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.
  13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  15. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
  16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  18. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Thursday, October 14, 2010

[PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA]

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Monday, October 11, 2010

[cIntA sEorAng LeLAki]

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.



==Entry nie miss amethyst kidnap dlm fb....hehehe...==

Sunday, October 10, 2010

~~Ding dOng~~

Alhamdulillah...shoutmix dh okie...hehe....for visitors,enjoy la ber'blog walking' kat my blog nie...buat mcm blog sendiri..kih6...jemput minum..jemput makan....daaa~~~